Apa salah saya?

KUALA LUMPUR: Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin menyifatkan dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyebabkannya dikenakan tindakan atau hukuman.

Jelas atlet berusia 23 tahun itu, dia hanya seorang atlet biasa yang meluahkan perasaan di media sosial yang ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya beliau mengetahui apakah sebenarnya situasi yang berlaku ketika ini.

“Apa yang saya buat salah? Cuba beritahu saya.

“Adakah saya tak boleh luahkan perasaan saya di Instagram? Luahan dengan dakwaan adalah dua perkara berbeza.

“Dakwaan bermakna saya menuduh. Luahan pula saya bertanya kepada menteri kenapa semua ini berlaku dan apakah perancangan beliau seterusnya.

Image result for irfan shamsuddin

“Saya tak rasa ada melakukan kesalahan kerana saya adalah rakyat dan atlet yang hanya ingin tahu,” katanya.

Irfan berlepas ke Prague, Republik Czech malam tadi untuk menjalani latihan selama tiga bulan di sana dengan menggunakan perbelanjaan sendiri yang dianggarkan melebihi RM100,000 selepas permohonannya tidak diluluskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Mengulas lanjut, Irfan berkata, dia tiada pilihan lain selain perlu menjalani latihan di luar kerana tidak mempunyai kelengkapan lengkap di sini.

“Untuk kelengkapan di MSN (Majlis Sukan Negara) Saya sudah minta bertahun-tahun sampai sekarang tak dapat

“Mungkin saya kena jadi pemenang di Sukan Olimpik baru dapat,” katanya.

Ketika ditanya berhubung pertemuannya dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim minggu lalu, Irfan berkata ia hanyalah pertemuan biasa.

“Tunku menjemput saya hadir ke Johor untuk mengadap. Bagi saya itu satu penghormatan.”

Ditanya adakah pertemuan itu ada membincangkan soal penajaan, Irfan enggan mengulas lanjut.

“Setakat ini saya tak boleh komen apa-apa,” katanya.

Irfan sebelum ini meluahkan perasaan di akaun media sosial miliknya, memohon penjelasan daripada Syed Saddiq selepas kurang senang dengan beberapa isu membabitkan dirinya termasuk penamatan khidmat jurulatihnya Frantisek Petrovic dan perancangan untuknya berlatih di luar negara tidak diluluskan.

Apa misi, wawasan awak dalam sukan Syed Saddiq – Irfan

MUHAMMAD IRFAN SHAMSUDDIN ketika memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 di Singapura.
MUHAMMAD IRFAN SHAMSUDDIN ketika memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 di Singapura

Muhammad Irfan yang merupakan atlet acara lempar cakera melontarkan soalan tersebut
dalam satu hantaran di Facebook beliau.

Menurut Muhammad Irfan, beliau ketika ini tanpa jurulatih dan pergi ke pusat latihan tanpa sebarang peruntukan.

“Saya ingin bertanya Syed Saddiq, mula-mula anda bubarkan Podium. Kemudian kontrak jurulatih saya ditamatkan serta merta selepas saya pecahkan rekod kebangsaan 12 kali, tiga kali menang pingat emas Sukan SEA dan pingat perak Kejuaraan Asian yang dicapai bersama dengan jurulatih saya selama enam tahun dan elaun dipotong separuh.

“Boleh saya bertanya kepada YB, anda suruh atlet mencapai kejayaan, tapi anda tamatkan kontrak jurulatih saya dan saya ketika ini membayar sendiri jurulatih baharu. Sekarang anda beritahu saya, saya tiada jurulatih dan rancangan latihan luar negara juga tidak diluluskan. Adakah ini yang YB maksudkan dengan #youthpower (#kuasabelia),” kata  Muhammad Irfan.

Muhammad Irfan Shamshuddin

 

Ketika ini perkongsian Muhammad Irfan di Facebook mendapat 2,200 reaksi, 358 komen dan 1,279 perkongsian.

“Impian bulan dan bintang, bajet pasir dan debu. Hmm, Malaysia baru la sangat. Atlet tak perform salahkan, cakap dah bagi macam-macam bagi janji manis, kencing manis, potong kaki,” kata Fidel Sali.

Me and my student pun pasrah dengan perancangan YB ni. Program yang sepatutnya berjalan bulan September 2018 ditunda 27 Januari 2019 tapi dua minggu lepas dimaklumkan tak jadi dan dibatalkan. Student saya sampai give up and kata ini semua fake hope. Tak apalah YB kami bukannya geng motor dan mat rempit yang YB boleh luangkan masa,” komen Wafie Mohd. Noor.

Ah! kau level SEA Games je bukan power mana pun sponsor ko banyak-banyak pun bukan ke mana pun. Guna jelah apa yang ada. Kalau kau level Lee Chong Wei tak apa la jugak nak macam-macam,” kata Pengorek Telinga Moden.-UTUSAN ONLINE

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*