“Apa kau merepek ni” – Sharifah Amani dan Dira Abu Zahar ‘perang komen’ kerana isu Syed Saddiq

Untuk yang tak tahu, dua selebriti ini iaitu Sharifah Amani dan Dira Abu Zahar mempunyai pandangan yang berbeza terutama melibatkan fahaman politik.

Keduanya pernah jadi perhatian apabila ada perselisihan pendapat antara mereka tidak lama dulu. Kedua-dua mereka mengutarakan pandangan masing-masing menerusi Twitter dan mendapat perhatian netizen.

Yang terkini, isu kekecohan melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan blogger pro UMNO iaitu Papa Gomo kembali jadi isu perdebatan netizen dan ini termasuklah mereka berdua.

Kedua artis ini dilihat seperti perang ‘mulut’ di laman sosial Twitter berbicara tentang isu ini.

Sharifah Amani memuatnaik satu tweet mengenai kejadian samun dalam lif di sebuah stesen MRT di ibu negara dan kejadian Syed Saddiq didakwa diserang ketika hari penamaan calon. Pelakon berkenaan mempersoal sejauh mana ajaran yang telah dididik kepada golongan lelaki ketika ini.

Dira Abu Zahar kemudiannya dilihat telah membalas tweet tersebut dan melabel Syed Saddiq sebagai bodoh kerana berbuat demikian kononnya untuk mendapatkan perhatian.

Sharifah Amani memberi respon tiada sebarang alasan untuk menghalalkan keganasan atau provokasi. Dia juga menentang buli dan gejala samseng.

 

Ini komen dari Sharifah Amani:

 

@sharifahamani“What is happening to our Malaysian men? Punching and kicking an innocent woman repeatedly, attacking a minister in broad daylight. What are we teaching our boys?

@diraabuzahar: “I agree with u on 1 point. But not the other one. SS (Syed Saddiq) is just plain stupid. I was there. He did that on purpose. To get your attention, and he did.

@sharifahamani“There is NO excuse for violence. There is NO reason to mob a man just trying to get to his car. Provoke mcm mana pun, kalau biar je dia balik diam2 this wouldn’t have happened. Say NO to bullying. Say NO to Gangster mentality. Say NO to violence.

@diraabuzahar“Everytime ada penamaan calon, semuanya telah disusun dan di atur bg mengelakkan sbrg kemungkinan from EITHER side. In this case, he knew about the probability, yet he insist.. maksudnya….? I rest my case.

@sharifahamani: “Maksudnya not all of us are politicians but all of us are human. Maksudnya provoke mcm mana pun kalau tak retaliate dgn violence takde benda boleh jadi. Let him walk away in peace then he would be the silly one. His provocation tak jadi & u guys would be the classy ones.

@diraabuzahar: “I dont know u still want to consider me as your friend or not, but if u hve any problem on politic, u know where to find me. I can share with you like how i always shared with you last time.

@sharifahamani: “Nyah apa benda mu merepek nie? Mak tak faham lah, berbelit english mu. Kejap point ini, kejap point itu. Benda simple je Gee. Kalau dia buat hal dan tak dilayan dia yang akan nampak cam tahpape. Tu je. Kenapa kena layan provokasi? Aren’t you guys better than that? This has nothing to do with certs, my acting or us being friends or not. As a rakyat I have the right to speak out for my country. Maybe all politicians should spend less time being sentap with what people say on social media and work harder on bringing people together.

 

Sharifah Amani menegaskan dia mempunyai hak untuk bersuara untuk negara. Pendapatnya mengenai apa yang berlaku tidak berkaitan dengan dia berkawan dengan sesiapa atau kariernya sebagai pelakon.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Sharifah Amani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*