Andik Vermansyah Hampir Pasti Sarung Jersi Hijau Kuning..!!

Teka-teki soal masa depan Andik Vermansah mulai tersebar. Mantan pemain Selangor FA itu memilih bertahan di Liga Malaysia dan kali ini akan bergabung dengan Kedah FA.

Andik Vermansah selangkah lagi memperkuat Kedah FA. Pemain asal Surabaya tersebut sedang menjalani ujian ‘medical’ di Kedah FA.

Khabar soal Andik bergabung dengan Kedah tersebar di media sosial pada Kamis (8/2/2018) malam. Pemain tim nasional Indonesia tersebut tampak memakai baju kebesaran Kedah FA dengan diapit dua wakil dari pihak Kedah FA.

Hal itu juga telah mendapat pengesahan dari pihak Kedah FA. Pelatih Kedah, Ramon Marcote, menyatakan bahawa Andik masih menjalani ujian kecergasan.

“Namun, dia sepertinya akan bersama kami jika melepasi ujian kecergasan,” kata Marcote kepada Tabloid Bola.

Baca juga : Selangor FA Tetap Buka Pintu untuk Andik, tetapi…

Marcote memberitahu bahawa pasukannya  mengaku menyukai permainan Andik. Bahkan, dia memberitahu sudah menginginkan Andik sejak lama.

“Saya menyukai pemain ini sejak melihat penampilannya pada 2015,” menurut Marcote merujuk pada penampilan Andik di Selangor.

Marcote kemudian menggambarkan kehebatan Andik yang sangat diperlukan oleh Kedah. Salah satunya, menurut dia, Andik adalah seorang pemain yang versatile. 

“(Dia) Cepat, mempunyai kemampuan dribbling yang bagus, rembatan dan kombinasi kawalan yang baik. Dia mampu bermain sebagai winger, penyerang, dan posisi nombor 10. Dia pemain bagus,” ucap Marcote.

Dengan demikian, teka-teki soal masa depan Andik Vermansah telah terjawab. Dia takkan bermain di Liga 1 pada musim 2018.

Pemain kelahiran 23 November 1991 itu memilih bertahan di Liga Malaysia. Sebelumnya, Andik empat tahun membela Selangor, iaitu antara 2013 dan 2017.

Sumber: bola.kompas.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*