Anak 9 orang tapi call seorang pun tak berjawab . Ibu tua terpaksa ke hospital seorang diri

Semalam satu perkongsian di facebook telah menjadi perhatian netizen apabila seorang ibu tua terpaksa datang ke hospital seorang diri bagi mendapatkan rawatan.

Difahamkan sebelum itu makcik berkenaan ada menghubungi 9 orang anaknya untuk meminta mereka menghantarnya ke hospital. Tetapi malangnya tiada seorang pun anaknya yang menjawab panggilan makcik itu.

Perkongsiam  yang di ambil dari fb En Salehuddin Morktaruddin nyata mengundang sebak ramai pihak. Berikut merupakan perkongsian dari beliau

TOLONG SHARE KAWAN KAWAN

Aku terkilan dan sedih tengok makcik Zahrah ni datang Hospital Kuala Lumpur seorang diri.Bila aku tanya mana anak makcik tak de ke,dia jawab anak 9 orang tapi call semua tak jawab.

Aku cuba call anak dia sorang ini jawab dan aku harap anak dia akan datang segera untuk bantu Mak dia.

Kepada kawan2 saya dalam ini if sapa kenal makcik Zahrah stay Bangsar tolong bagi tahu family dia ye.Sebab makcik ini nak kena warded tp dia seorang  & seddiri..

Kesian dan sedih aku tengok makcik itu seorang diri.

Bila aku tengok makcik ini,aku terbayangkan if itu adalah Mak aku.
Ya Allah ku pohon doa darimu supaya permudahkan segala urusan makcik Zahrah ini & ada orang datang teman makcik Zahrah ni. Amin.

Seorang mak boleh jaga 9 org anak tapii 9 org anak tak boleh jaga seorang MAK. Allahuakbar moga kita dijauhkan dr mengabaikan ibu bapa hingga akhir hayat mereka.

Ya Allah kesiannya..semoga dipermudahkan urusan makcik ni & semoga kami 5 berlima dijauhi dr sifat sperti ni.. yaallah kau berilah kesempatan kepada kami untuk berbakti kpd org tua kmi hingga nafas terakhir mereka..amin..

Kita tak tahu hal sebenar. Mungkin anak dia dalam perjalanan ke hospital. Dan makcik datang sendiri sebab tak nak susahkan anak. Sebagai seorang ibu, biasanya memang tidak mahu susahkan anak2.

Setiap yg berlaku mesti ada puncanya. Bukan nak salahkan makcik ni ataupon anak2 nya.hanya mereka yang tahu apa sebenarnya yg terjadi. Ya Allah moga mak cik sentiasa dilindungi dan dipermudahkn segala urusan…Wahai anak2 hargaila ibu selagi ada hayatnya..

Sumber:  Solehuddin Mokhtarudin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*