“Alamak Kanda I Tersembam” – Peminat Seronok Tengok Gelagat Remy Ishak Menari Tarian Buluh Sabah

Gelagat juri tetap Maharaja Lawak Mega 2018, Remy Ishak ketika mencuba tarian Magunatip atau lebih dikenali dengan tarian buluh Sabah sememangnya mencuit hati peminat.

Remy menerusi akaun Instagramnya berkongsi video pendek yang merakamkan dirinya melakukan tarian tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah gaya Remy yang lucu dengan muka bersungguh-sungguh ketika mencuba tarian buluh itu.

Namun ketika sedang asyik menari dan mengikuti rentak lagu tarian itu, Remy tidak dapat mengawal badannya sebelum terjatuh kerana kakinya hampir dikepit buluh berkenaan.

 

Bagaimanapun menyedari kesilapannya, Remy pantas bangun dan ketawa dengan kejadian yang berlaku itu.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya mengusik Remy tentang insiden itu selain meminta pelakon itu berhati-hati.

Dalam perkembangan lain, kini Remy masih lagi berada di negeri Sabah.

Drama Pujaan Hati Kanda (TV3)

Image result for pujaan hati kanda remy
Tengah ditayangkan sekarang dalam slot Akasia, drama Pujaan Hati Kanda adaptasi novel karya Aulia Iman. Menemukan sekali lagi gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah. Drama bersiri terbitan Mache All Star United dibawah arahan Eoon Shuhaini. Akan ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula 20 Disember 2018, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam.

JUDUL : PUJAAN HATI KANDA
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Aulia Iman
PENULIS SKRIP : Intan Zarina
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Ayden Mikael, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor

WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Megat Danish (Danny)
Mira Filzah sebagai Tiara
Sarah Hildebrand sebagai Nadine
Syazwan Zulkifly sebagai Pali
Elisya Sandha sebagai Reena
Mustaqim Bahadon sebagai Kashah
Azar Azmi sebagai Fatimah
Omar Abdullah sebagai Dato Megat Aiyub
Dian P Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah
Reen Rahim sebagai Suria
Taufiq Hanafi sebagai Naim
Qazem Nor sebagai RizmanLAGU TEMA / OST
Tajuk : Pujaan Hati
Penyanyi : Adira
Lagu & Lirik : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

SINOPSIS PUJAAN HATI KANDA<

Mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?

GAMBAR PELAKON

Pujaan Hati Kanda

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Foto: Instagram @remyishak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*