Akhirnya ini nasib yang menimpa Mat Rempit ini selepas merempuh pejalan kaki. Dua Mat Rempit ini diburu polis

Berubah lah anak muda.. Jgan buat kerja yg sia2… Org lain berlumba megejar cita2.. Tapi yg mat rempit ni berlumba untuk kejar popularity .. Xde kesudahan klu x berubah…

Highway Salor, Pasir Mas

 

POLIS memburu dua lagi penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam lumba haram di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin yang mengakibatkan ke m4tian.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Sharul Othman Mansor berkata, dua penunggang motosikal itu amat dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit dalam pertaruhan hingga menyebabkan rakan mereka, Norazrin Azizan Abdul Aziz, 26, m4ut, manakala pejalan kaki, Mohd Azhan Baharudin p4r4h.

“Kedua-dua penunggang ini dikehendaki polis bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Buat masa ini polis sudah merakam percakapan beberapa individu,” katanya pada sidang media di Balai Polis Senawang, ketika mengetuai Operasi Samseng Jalanan di Seremban, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman.

Sharul Othman berkata, pihaknya juga sedang mengesan penganjur perlumbaan dan siasatan awal mendapati ia membabitkan pertaruhan.

Akhbar ini semalam melaporkan penunggang motosikal yang terbabit kemalangan di Jalan Salor Baru me ningg4l dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian ketika menerima rawatan jam 4.55 pagi akibat pendarahan otak.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi kelmarin, Norazrin Azizan yang berasal dari Cherang Ruku, Semerak menunggang motosikal Yamaha 125Z, dipercayai hilang kawalan lalu merempuh Mohd Azhan yang cuba melintas jalan.

Akibat kejadian, Mohd Azhan putus kaki kiri dan patah kedua-dua belah tangannya.

Video kem4l4ngan itu kemudian tular di media sosial dan kedua-dua m4ngsa yang parah dibawa ke HUSM oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Menurut seorang pengguna sosial media UBAH yang memuat naik video mat rempit itu, beliau menitipkan kata-kata nasihat untuk anak-anak muda  supaya tidak hanya berlumba motor semata2 kerana ini kerja sia-sia dan hanya kerana populariti. Beliau sempat menitipkan nasihat supaya berubahlah wahai anak muda.

Sumber: Metro

JOKI LUMBA HARAM MAUT REMPUH PENONTON

KOTA BHARU – Seorang lelaki m4 ut selepas motosikal ditungganginya mel4nggar pejalan kaki di Jalan Salor Baru, di sini semalam.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa, 26, mengalami pendarahan otak dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Mangsa mening g4l dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, 4.55 pagi tadi.

Sementara itu, pejalan kaki, 35, putus kaki kiri dan patah kedua-dua tangan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, pihaknya menerima maklumat itu susulan penularan video kejadian di media sosial sejak semalam.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika aktiviti pelumbaan h4r4m di Jalan Salor Baru menghala ke Pasir Mas.

“Mangsa yang m4 ut menunggang Yamaha 125Z dikatakan sedang menguji kelajuan dengan sebuah lagi motosikal.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, dia melanggar penonton perlumbaan itu yang sedang melintas ke kiri jalan.

“Kedua-dua mangs4 dibawa ke HUSM oleh orang awam untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, penunggang motosikal mening g4l dunia ketika menerima rawatan di HUSM akibat pend4r4han otak pagi tadi.

“Pejalan kaki mengalami putus kaki kiri dan patah kedua-dua tangan.

“Polis sedang mengesan saksi bebas di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Wowberita

Mat rempit perlu ditangani bersama


Masalah sosial yang melibatkan remaja sudah tidak asing lagi di negara ini, malah hampir setiap hari masyarakat didedahkan dengan pelbagai isu sosial yang melibatkan remaja.

Salah satu masalah sosial yang tidak lekang daripada remaja adalah isu mat rempit. Walaupun pelbagai gelaran telah diberikan kepada kumpulan ini, aktiviti mat rempit masih berleluasa.

Justeru, tidak hairanlah apabila laporan kemalangan yang berlaku di negara ini seringkali melibatkan remaja yang menunggang motosikal secara berbahaya.

Sebenarnya, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing untuk bersama-sama membendung gejala mat rempit ini.

Tindakan tegas perlu diambil segera bagi membantu negara melahirkan golongan belia yang peka akan masalah negara selain menjimatkan perbelanjaan seperti kos perubatan dan penyelenggaraan jalan raya.

Selain daripada itu, tindakan ini mampu untuk mengurangkan jumlah kematian di jalan raya yang disebabkan oleh tingkah laku mat rempit.

Untuk memastikan isu mat rempit ini dapat diselesaikan tiga langkah utama wajar dilaksanakan segera seperti tindakan tegas undang-undang, keprihatinan masyarakat pengguna dan peranan ibu bapa.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di atas jalan raya yang boleh mengundang risiko kepada pengguna harus diambil tindakan undang-undang yang tegas.

Mereka yang didapati bersalah melakukan kegiatan berbahaya ini wajar menerima hukuman yang setimpal seperti, pembatalan lesen memandu dan senarai hitamkan nama mereka daripada pelbagai kemudahan yang disediakan oleh negara.

Tindakan memberi saman kepada kumpulan mat rempit ini mungkin kurang berkesan kerana ramai dalam kalangan mereka mengambil sikap tidak peduli terhadap saman yang diberikan.

Justeru, tindakan yang dicadangkan di atas diharapkan mampu untuk membendung aktiviti mat rempit di negara ini.

Selain itu, masyarakat pengguna jalan raya juga perlu melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membantu pihak kerajaan membanteras aktiviti yang tidak sihat ini.

Aduan dan laporan segera perlulah dilaksanakan agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera.

Pemantauan

Untuk membolehkan agenda ini tercapai, setiap ahli masyarakat perlulah menyimpan nombor telefon yang boleh dihubungi segera untuk diambil tindakan sepertimana menyimpan nombor 999 apabila berlakunya kecemasan.

Dalam pada itu, peranan dan tanggungjawab ibu bapa juga penting dalam usaha untuk membantu negara menyelesaikan masalah mat rempit ini.

Ibu bapa perlu memantau anak muda mereka terutamanya pada waktu malam agar anak mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang amat berbahaya ini.

Malah, nasihat dan contoh teladan yang baik perlu diberikan kepada anak mereka agar dapat menghindari daripada terlibat dengan aktiviti ini sepanjang masa.

Tinjauan dan lawatan secara berkala di lokasi yang menunjukkan kadar kemalangan yang tinggi melibatkan mat rempit juga mampu memberi kesedaran kepada golongan muda untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti mat rempit ini.

Walaupun masalah mat rempit ini telah lama dibahaskan oleh masyarakat, namun isu ini tidak nampak jalan penyelesaian.

Statistik kematian yang melibatkan remaja di jalan raya akibat daripada tindakan sebagai mat rempit menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.

Sebagai anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang, insiden seperti ini amat membimbangkan.

Oleh yang demikian, tindakan segera dan tegas oleh pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mat rempit harus disegerakan agar ia mampu menjadi teladan kepada semua.

Dengan adanya usaha yang komprehensif seperti ini, masalah mat rempit yang membelenggu masyarakat Malaysia pada hari ini akan dapat diatasi dengan berkesan.

Sumber: Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*