“Ainul Boleh Balik,” Tunjuk Perkembangan Positif, Berat Badan ‘Bidadari’ Kecil Ini Makin Meningkat Setiap Hari

Bayi kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang telah selesai menjalani pembed4ahan mengeluarkan tumor seberat 200 gram pada bahagian mulutnya kini beransur pulih dan semakin baik.

Perkhabaran ini menjadi satu berita gembira kepada ahli keluarga Ainul yang terdekat dan sudah pastinya bagi rakyat Malaysia yang rata-ratanya mengambil berat terhadap bayi kecil ini.

Sebentar tadi, adik Ainul Mardhiah dikhabarkan menunjukkan perkembangan yang baik di mana berat badannya meningkat dari sehari ke sehari. Berita gembira ini telah disampaikan oleh bapanya sendiri, Ahmad Safiuddin melalui laman Facebook miliknya.

Menerusi kiriman tersebut, Safiuddin memaklumkan bahawa Ainul akan dibenarkan pulang sekiranya menunjukkan perkembangan yang positif pada setiap hari. Setiap hari berat badan Ainul naik. And doktor cakap kalau setiap hari Ainul menunjukkan perkembangan yang positif, Ainul boleh balik.

Rata-rata wargan3t mengucapkan syukur atas berita gembira tersebut dan tidak melepaskan peluang untuk memanjatkan doa kepada adik Ainul supaya kesihatannya terus berkekalan.

“Alhamdulillah..terus kuat dan sihat ye Ainul”

“Comelnya… Cantik sangat Ainul. Semoga sihat selalu sayang”

“Kuat semangat si kecik ni… cepat balik sayang”

“Alhamdulillah…Ainul ni sangat kuat… pantas sangat dia sembuh ya”

Sumber: Ahmad Safiuddin via siakapkeli

Jom imbas kronologi dalam usaha merawat Ainul Mardhiah. “KISAH Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ‘G3rm Cell Tum0ur’ mendapat perhatian negara.”

Berikut adalah kronologi sejak kisah bayi berusia 9 bulan itu mula dilaporkan. Pada 9 April 2019, Kisah nasib bayi perempuan, Ainul Mardhiah yang menghidap k4nser G3rm Cell Tum0r sejak dilahirkan dilaporkan dalam Harian Metro dan mendapat perhatian ramai.

Antara individu yang tampil menghulurkan bantuan bagi Ainul Mardhiah termasuk individu yang sanggup jual motosikal demi Ainul Mardhiah serta seorang lgai yang menawarkan sewaan amal untuk Ainul Mardhiah.

Pada 21 April 2019, Dr Nur Amalina Che Bakri menghubungi Nurul Erwani, ibu Ainul Mardhiah menerusi aplikasi WhatsApp dan memberitahu akan membantu bayinya.

Pada 10 Mei 2019. Kerajaan Melaka bersetuju membiayai kos pengangkutan dan penerbangan Ainul sekeluarga ke UK. Pada 13 Mei 2019. Kumpulan pakar bedah dari UK akan memberi maklum balas susulan keputusan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) daripada Ainul .

Pada 15 Mei 2019 Pasport antarabangsa Ainul diserahkan kepada bapanya. 24 Mei 2019 Ainul bersama ibu bapanya berlepas ke London untuk mendapatkan rawatan.

25 Mei 2019 Ainul dan ibu bapanya selamat tiba di London. 26 Mei 2019 Pasukan pakar perubatan di London, segera melakukan pemeriksaan bagi menilai keadaan bayi itu.

3 Jun 2019 Datuk dan nenek Ainul, Ahmad Razak Joffri dan Salmah Atan melawat cucunya di London selain memberi sokongan moral kepada Ainul sekeluarga.

10 Jun 2019 Ainul Mardhiah selamat menjalani pembed4han selepas bertarung ny4awa selama lima jam dan kini dilaporkan stabil. Tum0r seberat 200 gram yang membesar di dalam mulut Ainul Mardhiah dikeluarkan oleh sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway

Selepas kira-kira lima jam menjalani pembed4ahan membuang tumor di mulutnya semalam, Ainul Mardhiah sudah sedarkan diri. Malah sehingga ke hari ini Ainul telah menunjukkan perkembangan positif dari hari ke hari. Mari doakan Ainul selamat pulang ke Malaysia.

Sumber hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*