“Ahli Kumpulan Exist Mula Bersuara”- Memang Sudah Menjangka Perkara Ini Akan Berlaku,Tak Sangka Ia Benar Benar Terjadi

Musa, 46, pemain bass kumpulan Exists, mengakui hanya mendapat maklumat berkenaan penangkapan Mamat di Taman Perling di Johor Bahru, malam kelmarin menerusi media kerana Mamat tinggal di Johor Bahru.

“BANYAK KALI SAYA CAKAP, KALI INI SAHAJA KITA BUAT. SEBAB SEBENARNYA BERAT UNTUK KAMI PIKUL MASALAH MAMAT,” KATA MUSA RADHI MENGULAS ISU PENANGK4PAN BEKAS VOKALIS MEREKA YANG AKAN TERBABIT DALAM KONSERT EXISTS REUNION PADA 28 SEPTEMBER INI.

“Ketika ditah@n, dia ada menghubungi Along (pemain gitar) untuk beritahu mengenai perkara ini tapi tidak menjelaskan terperinci apa sebenarnya yang berlaku.

“Apabila orang bersimpati dengan kehidupannya, janganlah diperlecehkan pula,” katanya lagi.

Musa berkata, Exists Reunion juga sudah mengadakan mesyuarat secara tertutup dengan Shiraz Projects berkenaan isu itu.

“Kami secara kolektif tengok reaksi peminat dan mendapati ada yang pro dan kontra.

“Apabila membabitkan d4dah, orang Malaysia lihat ia sesuatu yang amat dib3nci dan akan jatuhkan huku man. Kalau ikut pandangan satu pihak, mereka suruh jatuhkan huk uman.

“Tapi kami dah ada kontrak dengan Shiraz Projects dan perlu ikut syarat yang dipersetujui,” katanya.

Bercerita lanjut, Musa menjelaskan apabila perancangan untuk mengadakan konsert itu dibuat, dia, Along dan Ujang awal-awal lagi sudah berterus terang enggan menjaga Mamat.

“Kami tegaskan kepada penganjur akan terbabit dalam Konsert Exists Reunion tapi tidak berani nak jaga Mamat.

“Kami dah sedar risikonya dari awal dan jangan letakkan Mamat di bawah kami. Contohnya dalam Konsert Minggu Ini RTM pada Julai lalu, kami dah cakap awal-awal jangan salahkan kami jika dia ga gal hadir.

“Ia berbeza dengan Ezad kerana kami nampak komitmennya dan dia boleh gunakan akal dengan waras,” kata Musa.

Musa berkata, dia turut mendapat persetujuan Shah dan Ajai untuk memikul tanggungjawab memasukkan Mamat dalam Konsert Exists Reunion dan mereka masing-masing bersetuju untuk sekali ini sahaja.

Menurutnya, anggota Exists Reunion yang lain cuba mengatasi keku rangan Mamat apabila cuba menampakkan kebolehannya di mata peminat.

“Amat sayang dia mempersia-siakan peluang ini. Apabila Konsert Exists Reunion dibuat, dia tampil semula dengan pelbagai masalah sama macam dulu.

“Sedangkan konsert ini akan bawa manfaat kepadanya selepas ini. Kami hasilkan single baru ikut kemampuannya walaupun tahu vokalnya banyak kekurangan sekarang.

“Dia sepatutnya jaga kredibiliti kerana mungkin namanya boleh naik semula,” katanya.

Terkini: Mamat Exists bebas reman, Konsert Reunion berjalan seperti dirancang

Image result for exist reunion mamat

PENYANYI, Mamat Exists, 41, dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis kira-kira jam 4.30 petang tadi selepas ditahan reman semalam bagi membantu siasatan kerana memiliki d4 dah.

Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim yang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara berkata, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 42, dalam keadaan baik dan tenang sebaik dibebaskan.

“Alhamdulillah, keadaan Mamat baik. Saya belum sempat berbual panjang dengan dia dan kami akan berangkat ke Kuala Lumpur petang ini juga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, selaku penganjur konsert Exists Reunion, Shiraz Projects merancang untuk mengadakan sidang media bersama Mamat.

“Kami ada rancangan untuk mengadakan majlis sidang media bagi menjelaskan situasi sebenar selain memaklumkan mengenai perkembangan konsert Exists Reunion,” katanya.

Shirazdeen mewakili Shiraz Projects juga berterima kasih pada semua pihak yang sentiasa bertanya khabar dan prihatin dengan situasi yang melanda.

“Kami amat menghargai sokongan yang anda berikan dan Shiraz Projects akan sentiasa berkongsi perkembangan mutakhir mengenai konsert Exists Reunion dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, bekas vokalis kumpulan popular 90-an itu ditahan selepas disyaki memiliki d4 dah jenis syabu di luar kawasan rumah kedai di Taman Perling di Johor Bahru, pada Ahad lalu.

Penyanyi lelaki berusia 41 tahun itu ditahan bersama seorang lagi rakan lelaki berikutan penemuan satu paket d4 dah dipercayai jenis syabu.

Penahanan kedua-dua mereka pada 11.30 malam itu dilakukan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika menunggang sebuah motosikal Yamaha LC 135 di kawasan terbabit.

Serbuk putih disyaki d4 dah itu ditemui dalam dompet penyanyi berkenaan.

Sumber : Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*