‘Adoi Drama Lagi!’- Chef Wan Komen Isu Pelantikan Peguam Negara

Baru-baru ini agak kecoh juga mengenai isu pelantikan Peguam Negara berikutan penolakan Istana Negara terhadap cadangan Perdana Menteri melantik peguam veteran Tommy Thomas. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Thomas sebagai Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kini diarah bercuti sebulan.

Tommy Thomas

Ini isu berkaitan dengan pentadbiran undang-undang, tetapi nampaknya sudah ramai pengamal media sosial bertindak sebagai hakim dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu.

 

Adoi drama lagi Negara kita kali dgn perlantikan Peguam Negara. Its amazing that our country legal system boleh la pulak Hakim Negara yg menjadi Pak Turut. Dah la tu Peguam Negara Orang Melayu dan Islam baik pun our previous PM boleh kan tutup sebelah mata dgn segala salah laku di Negara ini? And yet we still mempertikai kan Bangsa Asing nak di lantik jadi Peguam Negara? Mcm juga cerita Menteri Kewangan jugak. Yang sanglap habis bukan orang Melayu ke? Patut la Negara kita ni kucar kacir kerana terlalu ramai manusia yg tidak jujur hati mereka sampai masing2 lebih mementing kan hak bangsa masing2 instead of seeing us as a True Malaysian! Mcm mana la rakyat nak memberi kepercayaan kepada pemerintah jika mereka mau pun setengah rakyat bermain dgn issue2 perkauman mau pun alasan2 yg tidak munasabah. Kita kena la ikut Perlembagaan dan perlantikan pun kena betul2 lah manusia yg berpengalaman jujur dan sesuai untuk jawatan tersebut. How on earth are we going to bring justice to this country even if perlantikan sesaorang itu kita tidak setuju kerana mereka bangsa yg lain? By doing so we are already not being fair to that particular person and injustice to him pulak. Macam mana la kerajaan baru nak menjalan kan tanggung jawab mereka dgn bersih dan jujur sekiranya mereka tidak letak Ketua Hakim Negara yg di pilih oleh PM, Ahli2 Cabinetnya yg juga mewakili suara Rakyat yg sudah pun memberi kuasa itu pada pemerintah yg baru ini? Perihal agama bukan ke ada badannya termasuk mufti negara yg sendiri yg boleh menasihati Yang di Pertuan Agong pun? Its disgusting each time to use race and religion mcm la bangsa Asing ini bukan Rakyat Malaysia!

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Hal ini turut dirasai oleh chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang menganggap isu perlantikan Peguam negara ini sebagai sebuah drama yang tak berkesudahan.

 

Rakyat Bermain Isu Perkauman

Chef Wan berkata, rakyat Malaysia tidak sepatutnya bermain dengan isu-isu perkauman dalam memilih seorang pemimpin. Tommy Thomas dengan latar belakangnya sebagai seorang peguam yang begitu berpengalaman serta rekod kerja yang baik adalah calon yang layak dilantik menjadi Peguam Negara.

Beri ruang Kerajaan Baru Jalankan Tugas

Menurut satu laporan dari Sinar Harian, Yang Dipertuan Agong enggan memperkenankan pencalonan tersebut dan pendirian Agong mungkin mendapat sokongan oleh sebahagian daripada Majlis Raja-Raja. Antara lainnya, mungkin ianya kerana soal bangsa dan agamanya. Kerana baginda-baginda sudah begitu biasa dengan Peguam Negara dari Melayu Islam sebelum ini.

Chef Wan menasihati rakyat Malaysia supaya beri ruang kepada Tun M dan PH menjalankan tanggung jawab dan beri sokongan dalam pelantikkan ini.

Peguam Negara Bukan Melayu-Islam Tak Sepatutnya Jadi Isu

Malaysia pernah mempunyai peguam negara bukan Melayu-Islam sebelum ini, antaranya peguam negara bukan Melayu-Islam terdahulu ialah Thomas Vernor Alexander Brodie (1955-1959),Sheridan (1959-1963) dan Athi Nahappan (1970-1974). Tetapi sejak 1977, semua tujuh peguam negara ialah Melayu-Islam.

Sumber IG Chef Wan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *