Adik ini menangis teresak-esak kerana menyangka kucing kesayangannya tengah nazak, Padahal ini perkara sebenar yang berlaku kepada kucing tersebut

[KUCING KURANGKAN SIKAP PERENGUS KANAK-KANAK]

Pendedahan kanak-kanak terhadap kesedaran kepentingan berkasih sayang dengan haiwan amat penting untuk membina sifat empati dan belas kasihan terhadap haiwan. Ia juga merupakan langkah awal bagi mencegah berlaku kezaliman kepada haiwan disamping dapat meningkatkan rasa hormat mereka kepada haiwan dan individu lain. Menurut Kongres PIBG Nasional, “kanak-kanak yang telah dilatih untuk menyayangi haiwan akan menjadi lebih adil, baik dan bertimbang rasa dengan orang lain.

Apabila kanak-kanak diajar cara menghormati haiwan, menyayangi dan menguruskan haiwan, pengajaran tersebut sedikit sebanyak mengajar anak-anak untuk menghormati golongan yang lebih lemah dari mereka. Berdasarkan kajian menunjukkan perilaku kanak-kanak terhadap haiwan boleh meramalkan perilakunya di masa hadapan. Menurut pakar psikiatri, individu yang sering menyakiti haiwan cenderung untuk melakukan keganasan ke atas manusia. Ia juga dianggap salah satu daripada tiga gejala yang meramalkan masalah kesihatan jiwa dan salah satu kriteria terhadap gangguan kelakuan kanak-kanak.

Di dalam Islam, menyayangi haiwan khususnya kucing akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana Rasulullah SAW sangat menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah dan segala amalan sunnah akan diganjariNya.

Dari segi fizikal, kanak-kanak gemar bermain di luar rumah dan berlari-lari mengejar haiwan kesayangan mereka di mana aktiviti ini sangat bagus untuk kesihatan fizikal mereka. Dewasa kini, kanak-kanak lebih banyak didedahkan dengan gajet-gajet canggih dan juga ada yang lebih gemar menghabiskan masa di hadapan televisyen. Jadi dengan memelihara haiwan, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama-sama keluarga di samping dapat mengeratkan silaturrahim.

Apabila ibu bapa mendedahkan anak-anak kepada haiwan peliharaan, ia dapat memupuk rasa ingin tahu di kalangan mereka seperti menggalakkan mereka mencari maklumat berkenaan haiwan peliharaan mereka dan berkongsi sesama rakan sebaya tentang maklumat penjagaan, jenis-jenis penyakit haiwan, teknik “grooming” atau bagaimana melatih kucing membuang air di tempat sepatutnya.

Dari segi kesihatan emosi kanak-kanak, ia seolah-olah sebagai terapi menjadikan kanak-kanak lebih gembira dan rasa dihargai seterusnya dapat mengurangkan sikap perengus di kalangan kanak-kanak. Haiwan seperti kucing sangat mesra dan manja dengan kanak-kanak maka mereka sentiasa merasa disayangi. Perbuatan membelai dan mengusap haiwan seperti kucing boleh meredakan kadar stress dalam diri termasuk golongan dewasa.

Namun begitu ibu bapa harus memainkan peranan yang penting dan memberikan komitmen yang tinggi dan adalah tidak digalakkan membiarkan kanak-kanak menguruskan najis haiwan kerana ia adalah tugas orang dewasa kerana kanak-kanak mudah terdedah dengan penyakit ang boleh disebarkan melalui najis haiwan.

Pn Niza Puzi

Pengasas Geli Geli Kucing

Adik ini menangis teresak-esak kerana menyangka kucing kesayangannya tengah nazak

Sebuah video tular apabila kanak2 ini menagis kerana menyangka kucing kesayanganya itu sedan nazak. Tapi sebenarnya kucing itu tengah sedap2 bersantai. Perkongsian video itu oleh PN Nursida Kennedy buat netizan terharu . Sayang sungguh adik ni dekat kucing dia. Menjadi lakonan kucing tu.. Muka tak senyum langsung kan..betul-betul tahan gelak ni
“Ank sulung sy takut kan adek dia yg kucing dia dh nak mati.. Si kucing ni pun buat² aksi yg dia dh nazak..
Ape lagi.. Menangis teresak² la bdk kecik ni tkt kehilangan kucing dia.. Padahal kucing tu tgh bersantai..”

Berikut beberapa komen dari netizan mengenai video ini:

Az Su : Bagus adik nih kck2 dah Ada sifat kasih syg dkt haiwan.tunggu dia bsr nt Tak silap dia buka kedai pet shop.nt dia jumpa kucing jalanan dia abl jaga

Siti Nur Ain Wahid : kucing tu muka cm xpuas hati je kena gomol tu.. dia nk berehat plus mengantok sebab perut sebu makan banyak sampai senak agaknya. hahah

Khairun Fuwato: Aku semalam berani je dgn kucing kezen…boleh je nk pegang tp skali tgk dia cakornya tuan dia smpai berdarah, trus aku xbrani nk pegang…😂tkot aku

Fairuz Diyana :Aduhai dik ko penyet2 meow tgh kenyang tu, tak pasal2 meow mati sbb kena penyet

Hebeat Art :Penyabaq gila kucing ni layan drama tuan dia haha.kalau kucing aku dok gosok2 perut cmtu siap tarik2 tgn,dh calaq abih muka aku dia cakaq.

 

VIDEO:

Lihat bagaimana kucing berkaki dua ini mampu meneruskan kehidupan seperti kucing normal yang lain

Haiwan adalah makhluk yang sangat berdaya tahan dan kuat tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh mereka dalam hidup. Mereka akan sedaya upaya meneruskan hidup tanpa bantuan sesiapa pun. Semangat mereka untuk meneruskan hidup walaupun dalam serba kekurangan pastinya akan memberi motivasi kepada yang melihatnya. Seperti kucing comel ini, dia kini hanya memiliki dua kaki sahaja tetapi masih cekal dan ceria seperti kucing-kucing lain.

Anakin, si comel yang kini berusia lima tahun dari Pensacola, Florida, dilihat cukup normal sepeti teman-temannya yang lain. Dia turut berkongsi rumah dengan dua ekor kucing lain dan bergaul dengan mereka dengan baik. Hanya ada satu perkara yang membezakannya daripada kucing lain sebenarnya. Dia sebenarnya dilahirkan tanpa pelvis atau kaki belakang.

Pada tahun 2012, Carrie Hawks menemuinya seekor anak kucing yang berada bersama beberapa ekor kucing liar. Apabila Hawks membawanya berjumpa dengan doktor haiwan, doktor tersebut berkata dia tidak pernah melihat sesuatu seperti Anakin. Tetapi hari ini, dia mampu berjalan dengan baik!

Dia juga boleh memanjat pokok kucing tanpa sebarang masalah.

Hawks mengatakan Anakin tidak menggunakan roda kerana ia akan menghalangnya daripada memanjat, tetapi si comel itu mungkin memerlukannya pada masa akan datang.

Sumber: ERA BARU

Tapi lain pulak kisah kucing ini, apabila hanya berkaki dua didepan ini mampu meneruskan kehidupan seperti kucing normal yang lain

Image may contain: cat and text

Image may contain: 1 person, cat and text

Image may contain: cat

Kucing ni berkaki dua, cacat kaki depan..
Tapi hebat betul dia mampu hidup seperti kucing normal..

Kesian tengok dia..

VIDEO:

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*