“Ada Manusia Yang Tidak Senang Dan Goyang Kalau Kami Berbaik” – Rita Rudaini

Rita Rudaini (dilahirkan sebagai Rita Rudaini binti Mokhtar; 11 April 1976) merupakan salah seorang pelakon wanita dan model popular di Malaysia. Dilahirkan di Kangar, Perlis, beliau membintangi banyak drama TV tempatan. Biarpun agak jarang muncul di layar perak, Rita dikenali melalui filem “Mami Jarum Junior” hingga memberikannya nominasi untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM) pada tahun 2004.

Rita membina nama sebagai pelakon sejak tahun 2000. Drama pertama lakonannya adalah Dulang Wan Chu arahan Ismail Yaacob. Sejak itu Rita membintangi puluhan drama TV dan drama bersiri. Seringkali menjadi pilihan untuk memegang watak utama.

Di layar perak, Rita diperkenalkan menerusi filem Mendam Berahi, namun kutipan filem tersebut tidak memberangsangkan. Pada 2003, Rita muncul menerusi watak perempuan anak dara tua yang kepoh dalam filem Mami Jarum Junior yang melayakkan beliau tercalon untuk kategori Aktres Terbaik – Festival Filem Malaysia ke 17 bersaing bersama-sama Amy Mastura (Bintang Hati), Maya Karin (Pontianak Harum Sundal Malam), Janet Khoo (Paloh) dan tewas kepada Nasha Aziz (Trauma).

Pelakon jelita Rita Rudaini mendedahkan ada pihak yang tidak senang jika dia berbaik dengan bekas suami, pemain bola sepak terkenal Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.

Menerusi kemas kini laman sosial Instagram milik Rita, pelakon filem Mendam Berahi itu memuat naik foto lama Aidil bersama dua orang anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.

Dipetik daripada laman instagram Rita Rudaini 

“Ada manusia yang tidak senang dan goyang kalau kami berbaik… Walaupun demi anak-anak… Gigihlah cuba nak lagakan kami.

“Anak-anak kami jadi mangsa… KEJI dan JIJIK… AIDIL dan RITA ni jangan bagi dekat, jangan bagi baik… Kenapa ek? Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami jadi seperti lagu Stacy ‘Bergabung Meletop’?

“Rancanglah macam mana pun… Buatlah macam mana pun… Biar pun beribu tahun… Sistur ok ja… Sebab sistur percaya, satu hari nanti, TUHAN akan bisikkan hanya yang BENAR pada daddy RyanJuna,” tulis Rita.

Sebelum ini, menerusi laporan Harian Metro, Rita berharap Aidil dan keluarga memikirkan perasaan Rayyan dan Arjuna yang merindui belaian dan kasih sayang seorang bapa.

“Saya tahu anak-anak nak sangat bertemu Daddy mereka. Selalu mereka bertanya bila boleh jumpa sampai saya tak tahu nak jawab macam mana. Sekali dua boleh pujuk, kalau dah banyak kali saya tunjuk wajah ayah mereka di kaca TV.

“Walaupun hanya menonton di TV, sedikit sebanyak dapatlah ubat rindu anak-anak,” katanya.

Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 42, bernikah dengan Aidil di Thailand pada 2008 dan berpisah pada 5 September 2013.

Selepas itu, Aidil, 31, mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal pada 14 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

“Sedia Untuk Jumpa Anak-Anak” – Luahan Aidil Zafuan Mendapat Perhatian Ramai

PEMAIN pertahanan skuad Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Radzak bersedia menemui dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, pada bila-bila masa.

“Insya Allah, saya akan jumpa dia,” katanya menjawab ringkas pertanyaan peminat di Instagram Live isterinya, Zarema Zainal, hari ini.

Dalam sesi bicara secara langsung itu, peminat bertanya bilakah Aidil akan bertemu anaknya.

Sementara itu, Rita Rudaini ketika dihubungi bersyukur dan menyambut baik hasrat bekas suaminya untuk bertemu anak mereka.

 

“Alhamdulillah jika benar dia mahu bertemu anak-anak. Selama ini saya tunggu saja dia datang berjumpa Rayyan dan Arjuna. Sebagai ibu, saya tak pernah ada niat nak halang dia.

“Sebulan sebelum dia berkahwin, dia ada berjumpa anak-anak. Ketika itu saya pesan, jangan putuskan hubungan dengan anak-anak walaupun sudah ada keluarga baru.

“Kalau pun tak boleh berjumpa, telefonlah setiap hari agar anak sentiasa ingat bapa mereka. Tiga bulan pertama selepas berkahwin, dia ada hubungi anak-anak. Ketika itu saya sangat gembira. Namun, selepas itu dia terus diam hingga sekarang,” katanya.

Menurut Rita, selepas sekian lama Aidil menyepi dia ada menerima beberapa kali panggilan dan mesej daripada nombor tidak dikenali namun apabila ditanya pemanggil itu tidak memberi maklum balas.

“Saya jenis tak jawab panggilan yang tidak dikenali. Apabila nombor sama mesej mahu bertemu anak, saya balas dan tanya siapa. Namun, orang itu terus membisu seribu bahasa.

“Apabila saya cuba menghubungi semula, nombor itu tak ada dalam perkhidmatan. Beberapa kali perkara ini berulang, hingga saya malas nak layan lagi,” katanya.

Dalam masa sama, Rita berharap Aidil dan keluarga memikirkan perasaan Rayyan dan Arjuna yang merindui belaian dan kasih sayang seorang bapa.

“Saya tahu anak-anak nak sangat bertemu Daddy mereka. Selalu mereka bertanya bila boleh jumpa sampai saya tak tahu nak jawab macam mana. Sekali dua boleh pujuk, kalau dah banyak kali saya tunjuk wajah ayah mereka di kaca TV.

“Walaupun hanya menonton di TV, sedikit sebanyak dapatlah ubat rindu anak-anak,” katanya.

 

Rita Rudaini Mahu Bawa Anak Tonton Perlawanan Bola Sepak Bekas Suami

Pelakon, Rita Rudaini menempelak dakwaan segelintir pihak yang menvduhnya mempunyai dend4m sehingga mengh4lang anaknya berjumpa dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Razak.

Katanya, dia tiada masalah dengan bekas suaminya itu dan hanya orang diluar sana sahaja suka mereka cerita.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Rita memuat naik gambar anaknya sewaktu kecil bersama Aidil di Instagram.

“Macam-macam spekulasi manusia kalau sis upkan pasal anak-anak. Tak bagi jumpa anaklah, dendam sampai anak jadi mangsalah, tak bagi anak main bola sebab pak dialah.

“Seronok sis baca cerita dongeng rekaan manusia diluar sana. Nah sis belanja gambar anak beranak. Maaf gambar lama tapi sentinmental tau. Pic baru takda so sis belanja gambar lama ja. Sis takda masalah pon dengan bekas suami. Kita tak gaduh pun husnuzon je,” tulisnya.

Tambah Rita, dia berjanji akan membawa anak-anaknya menonton perlawan bola sepak yang melibatkan bekas suaminya itu jika ada masa dan kelapangan.

“Nak buat macam mana dah DNA bapak depa. Tak salahlah sis post gambar depa anak beranak. Sis takda masalah dengan Daddy Ryan and Juna. Harap lepas ni jangan pertikai sis tak bagi itu ini.

“Takkan semua sis nak cerita kat orang. Takpe one day mommy bawak tengok game daddy. Tunggu daddy kasi tiket,” katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Rita yang menjaga baik hubungan anak-anaknya bersama bekas suami.

Ketika ini, Aidil sedang beraksi untuk pasukan kebangsaan dalam misi untuk membawa pulang piala agung AFF Suzuki Cup 2018.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: rimbabara

Foto: Instagram Rita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*