Ada berita gembira mengenai tol dalam masa terdekat – Muhyiddin

MENTERI Dalam Negeri yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Asyraf Hamzah

HULU LANGAT: Kerajaan dijangka mengumumkan berita gembira berkaitan tol lebuh raya dalam tempoh terdekat.

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberitahu, perkara itu sedang dibincangkan Kabinet.

“Kita baru-baru ini ada berbincang mengenai isu tol dan mungkin dalam sehari dua ini, akan ada kenyataan mengenai tol.

“Saya tidak boleh nak cakap lebih mengenai perkara itu, biarlah menteri berkaitan yang membuat pengumuman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Kampung Batu 26, Beranang di sini, malam ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, PH menerusi manifestonya berjanji akan menghapuskan tol secara berperingkat.

Pemansuhan tol adalah antara 10 janji PH yang dikatakan akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari setelah mengambil alih kerajaan persekutuan dan turut terkandung di dalam Buku Harapan.

Sementara itu, Muhyiddin sekali lagi mengulangi komitmen kerajaan PH mendukung prinsip Perlembagaan Persekutuan terutama membabitkan hak istimewa orang Melayu dan agama Islam.

“Ada pihak mendakwa kerajaan PH tidak menjaga hak istimewa orang Melayu. Sekali lagi saya mengulangi bahawa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan terutama membabitkan orang Melayu tidak sesekali tergugat,” katanya.

 

#THROWBACK Intipati manifesto Pakatan Harapan

 

Manifesto pakatan pembangkang untuk pilihan raya umum ke-14 yang dilancarkan di sini malam tadi, menggariskan lima teras merangkumi 60 janji mereka sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

Berikut ialah intipati manifesto Pakatan Harapan:

 

TERAS 1: MERINGANKAN BEBANAN KEHIDUPAN RAKYAT

Janji 1: Menghapuskan GST

Janji 2: Menurunkan tekanan kenaikan harga yang membebani rakyat

Janji 3: Berkongsi kekayaan negara secara bersasar

Janji 4: Menambah program perumahan mampu milik dan mampu sewa

Janji 5: Meringankan beban hidup yang ditanggung oleh anak muda

Janji 6: Menghapuskan kutipan tol

Janji 7: Menyediakan subsidi minyak bersasar

Janji 8: Memperbaiki kualiti dan liputan pengangkutan awam

Janji 9: Mempertingkat akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan

Janji 10: Menjamin keperluan makanan asas rakyat dan menjaga kebajikan petani

 

TERAS 2: MEREFORMASI INSTITUSI PENTADBIRAN DAN POLITIK

Janji 11: Mengembalikan maruah orang Melayu dan institusi-institusinya

Janji 12: Menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri

Janji 13: Menyelesaikan skandal 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji

Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah

Janji 15: Memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Pejabat Peguam Negara

Janji 16: Mengembalikan wibawa institusi parlimen

Janji 17: Menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya

Janji 18: Mewujudkan mekanisme pembiayaan politik yang berintegriti

Janji 19: Mengembalikan kepercayaan terhadap institusi kehakiman dan perundangan

Janji 20: Menjadikan Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan Polis DiRaja Malaysia sebagai sebuah pasukan yang dihormati dan disegani

Janji 21: Memperkasa perkhidmatan awam

Janji 22: Menjadikan pentadbiran semua syarikat milik kerajaan (GLC) setaraf dengan piawaian antarabangsa

Janji 23: Memastikan sistem perolehan kerajaan menjana faedah maksimum untuk wang rakyat

Janji 24: Menghidupkan semangat sebenar konsep federalisme

Janji 25: Memperkukuh peranan dan kuasa pihak berkuasa tempatan

Janji 26: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod hak asasi yang dihormati dunia

Janji 27: Menghapuskan undang-undang yang zalim

Janji 28: Membina generasi muda yang kreatif dan bebas daripada cengkaman kezaliman

Janji 29: Meningkatkan ketelusan dan integriti belanjawan dan proses belanjawan

 

TERAS 3: MERANCAK PERTUMBUHAN EKONOMI YANG ADIL DAN SAKSAMA

Janji 30: Memajukan ekonomi Bumiputera dan semua rakyat berbilang bangsa

Janji 31: Merangsang pelaburan serta mempermudah proses perniagaan dan perdagangan

Janji 32: Memperkenalkan sistem percukaian mesra rakyat dan mesra usahawan

Janji 33: Menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama

Janji 34: Meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak

Janji 35: Menaikkan martabat golongan pekerja dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti

Janji 36: Melaksanakan KWSP untuk suri rumah

Janji 37: Menjamin kesejahteraan rakyat jangka panjang

Janji 38: Membela nasib Orang Asal di Semenanjung Malaysia

Janji 39: Mengimbangi pembangunan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar

 

TERAS 4: MENGEMBALIKAN STATUS SABAH DAN SARAWAK BERTERASKAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963

Janji 40: Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963

Janji 41: Memastikan ekonomi Sabah dan Sarawak berkembang dengan lebih pesat demi kemakmuran hidup rakyat seluruhnya

Janji 42: Mencipta lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk anak-anak Sabah dan Sarawak

Janji 43: Menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai model masyarakat harmoni

Janji 44: Memperbaiki kualiti pendidikan dan khidmat kesihatan

Janji 45: Membela nasib penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman

Janji 46: Mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Sabah

Janji 47: Desentralisasi kuasa kepada Sabah dan Sarawak

Janji 48: Memulangkan dan menjamin hak tanah adat Sabah dan Sarawak

 

TERAS 5: MEMBINA MALAYSIA YANG INKLUSIF, MODERAT DAN GEMILANG DI PERSADA DUNIA

Janji 49: Menjadikan sekolah-sekolah kerajaan sebagai sekolah pilihan terbaik untuk rakyat

Janji 50: Mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi

Janji 51: Membela nasib golongan OKU

Janji 52: Memerangi jenayah dan gejala sosial

Janji 53: Mendokong keutuhan institusi keluarga dan kejiranan

Janji 54: Memperkasa institusi kemasyarakatan, masyarakat sivil dan keusahawanan sosial

Janji 55: Mempelbagai ruang aktiviti golongan muda

Janji 56: Menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat

Janji 57: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuahnya

Janji 58: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuahnya

Janji 59: Memimpin usaha menyelesaikan konfik Rohingya dan Palestin

Janji 60: Memartabatkan peranan Malaysia dalam institusi antarabangsa

ILTIZAM KHUSUS UNTUK WARGA FELDA

-Menghentikan penyelewengan, mengembalikan kegemilangan dan memodenkan FELDA.

ILTIZAM KHUSUS UNTUK MASYARAKAT INDIA

-Memastikan hak saksama, keadilan, dan keharmonian untuk kaum India.

ILTIZAM KHUSUS UNTUK WANITA

-Menjaga kebajikan, kesihatan dan hak wanita.

ILTIZAM KHUSUS UNTUK ANAK MUDA

-Mengasah bakat dan mencipta peluang untuk anak muda.

ILTIZAM KHUSUS UNTUK WARGA EMAS

-Mengiktiraf jasa, budi dan pengorbanan warga emas.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: BH / themalaysiantimes

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*