“Acah-Acah Main Motor Tapi hampeh” – Shuib mahu bersemuka dengan individu tulis komen biad4p ini

PELAWAK Shuib menegur seorang netizen yang meninggalkan komen negatif dengan menggunakan bahasa kasar di salah satu video di Youtube miliknya pada Khamis.

Shuib, 34, turut meminta individu itu menghubunginya jika benar-benar berani untuk berkata sedemikian. 

“Komen di YouTube channel video terbaru. Wow! lain mcm eh bahasa. Kalau follow Instagram aku, tolong DM (mesej peribadi) boleh?

“Boleh kenal lebih rapat… apa barang komen-komen lari… budi bahasa budaya kita!,” katanya.

Shuib mahu bertemu individu yang meninggalkan komen tidak membina di Youtube.

Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini berkongsi paparan skrin mendedahkan komen yang ditulis seorang penonton di Youtube miliknya.

Individu tersebut mempertikaikan penyertaan Shuib dan rakan artis lain yang mula berminat dengan dunia permotoran sejak kebelakangan ini.

Shuib merupakan antara selebriti yang aktif dengan hobi permotoran dan mengubahsuai motosikal. 

Shuib berkongsi komen seorang penonton di laman Youtube miliknya.

“Kau dengan geng-geng kau semua *** tak boleh pakai. Acah-acah main motor tapi hampeh, main motor takat dengan modal pengalaman hampeh.

“Mat motor bermula dari retro hingga kini, bukan macam lu dengan budak-budak lu sampah! ***,” komen netizen.

Perkongsian Shuib itu turut menarik perhatian beberapa orang rakan selebriti terutamanya yang terlibat dengan hobi tersebut.

Shuib dan isteri Siti Sarah Raisuddin.

“Dia tak kenal Shuib ni siapa, semua orang tahu dia pelawak cuba lah sekali pergi minum teh dia wahai adik yang berani, alah jangan risau nanti Shuib bayar,” kata Hairul Azreen.

“Kalau betul budak motor mesti orang respect tapi kalau bahasa begitu maknanya bukan mat motor lah tu. Jagalah bahasa brother, bahasa menunjukkan bangsa,” tulis Zul Huzaimy pula.

“Cium dahi dia bang, tak luak nak usik, itu pun dah memadai… Hahaha,” komen Tajul pula.

Antara rakan artis yang memiliki koleksi motosikal Y15 (ysuku) ialah Zizan Razak, Datuk Seri Aliff Syukri, Ajak, Abam dan Achey.

Sumber: Mstar / Sinar Viral Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *