7 Perkampungan Tersembunyi Yang Terletak Di Tempat Yang Tidak Dijangka. No 5 Paling Tak Sangka

Sebuah perkampungan biasanya sinonim dengan suasana yang sepi, dipenuhi dengan kehijuan dan tenang. Namun bagi perkampungan-perkampungan ini, ianya kelihatan begitu berbeza sekali dengan desa-desa yang pernah kita lihat sebelum ini.

Terletak di tempat-tempat yang tidak dijangkakan, perkampungan-perkampungan ini memiliki tarikan mereka yang tersendiri kerana ada yang berada di dalam kawasan kawah gunung berapi dan ada pula yang dibina di tengah-tengah padang pasir.

Berikut merupakan 7 buah perkampungan yang terletak di tempat-tempat yang tidak pernah dijangka-jangkakan.

 

1. Aogashima, Laut Filipina

Perkampungan ini terletak di dalam sebuah pulau yang terbentuk daripada gunung berapi. Berkategori kelas C, kali terakhir gunung berapi ini meletup adalah pada tahun 1780. Setakat ini terdapat 200 orang penduduk mendiami di perkampungan ini.

 

2. Coober Pedy, Australia

Sekiranya dilihat dari jarak jauh, Coober Pedy yang terletak di bahagian selatan Australia ini kelihatan seperti sebuah busut gergasi. Akan tetapi, di sebalik busut-busut gergasi ini, terletaknya sebuah perkampungan yang menjadi kediaman kepada 1,695 orang penduduk.

 

3. Isortoq, Greenland

Desa yang hanya memiliki seramai 64 orang penduduk ini merupakan satu-satunya desa terpencil yang terletak di kawasan yang paling sejuk di dunia.

 

4. Gasadalur, Denmark

Terletak di kawasan barat Vagar di Kepulauan Faroe, terdapat hanya 16 orang penduduk yang tinggal di perkampungan yang menghadap teluk Atlantika Utara ini.

 

5. Huacachina, Peru

Seperti sebuah oasis, perkampungan yang terletak di tengah-tengah padang pasir ini memiliki seramai 96 orang penduduk yang tinggal perkampungan yang paling kering dan panas di dunia.

 

6. Tebing Bandiagara, Mali

Dibina daripada tanah liat, perkampungan yang terletak di Afrika Barat ini merupakan kediaman kepada suku Dogon di sana.

 

7. Furore, Itali

Perkampungan tua ini terletak di kawasan barat daya Itali dan terkenal dengan rumah-rumahnya yang berwarna-warni.

Selain itu, perkampungan ini turut dikenali sebagai ‘desa yang tidak ada’ kerana tidak pernah wujud di dalam mana-mana peta di dunia.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: informasitrending

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*