7 kereta dilanggar, 4 cedera: Ini nasib &hukuman yang bakal menimpa pemandu bas Rapid KL selepas menggila dijalan raya

 

 

SEKURANG-KURANGNYA empat cedera selepas tujuh kereta dilanggar bas Rapid KL yang dalam perjalanan dari Kampung Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, lapan kenderaan membabitkan sebuah bas dan tujuh kereta terbabit dalam kemalangan pada 8 malam itu.

Beliau berkata, kemalangan itu bermula di hadapan bangunan RISDA di Jalan Ampang dan berakhir di simpang Jalan Ampang atau MRR2.

Katanya, semua mangsa dalam proses membuat laporan polis dan pemandu bas berkenaan berada di Hospital Ampang bagi rawatan lanjut.

“Pemandu bas berkenaan mungkin ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pegawai penyiasat masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. Masih belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu (tangkapan),” katanya.

Sementara itu, video sepanjang 1 minit 40 saat mengenai kejadian itu tular malam tadi memaparkan bas berkenaan dipandu dengan laju sambil dikejar penunggang motosikal.

Penunggang motosikal itu memaki hamun pemandu bas berkenaan yang dikatakan melanggar ibunya, sebelum pemandu bas terbabit melarikan diri apabila kenderaan itu tidak bergerak selepas merempuh kenderaan lain.

BAS dan sebahagian kereta yang terbabit dalam kemalangan, malam tadi.

VIDEO:

sumber: hmetro

Ini Cerita Sebenar Saksi Yang Berada Di Tempat Kejadiaan, Sebenarnya kemalangan bermula apabila DRIVER BUS mengelak motor yg keluar dri simpang Dan bus

KISAH SEBENAR

DRIVER BUS mengelak motor yg keluar dri simpang Dan bus tersasar melanggar bucu gerai burger tepi jalan. menyebabkan Mak (penjual burger) yg sdg mengendong anak kecil terperanjat DN anak itu terlepas dri tangan! Penjual burger berang DN marah kpda pemandu bus yg ketika itu telah pon memberhentikan bus nya utk melihat situasi gerai burger yg Di langgar

Tiba2 pemandu bus yg telah memberhentikan kenderaannya trpaksa bergegas lari utk menyelamatkan diri APABILA melihat peniaga burger tersebut sdg mengejarnya bersama2 sekumpulan pemuda dri flat Columbia tersebut.

Peniaga burger sedar yg mak dn anaknya TERSELAMAT dn tidak mengalami apa2 kecederaan namun terus nekad utk mengejar Pemandu bus itu. Pemandu bus yg sedar dirinya dikejar org ramai.. terus memandu semula bus nya utk menyelamatkan diri . Jelas dri video rakaman yg Di ambil Oleh si penjual burger… Kelihatan pemandu bus tersebut sdg dlm ketakutan yg teramat sehingga mendorong beliau memandu dlm keadaan yg mencemaskan dn merbahaya. Dn sudahnya menyebabkan berlaku kemalangan (pelanggaran) yg banyak. Akhirnya pemandu bus terperangkap dlm kesesakn lalulintas.

Driver bus tersebut berusaha keluar dri bus dn lari dri Di kejar Oleh peniaga burger DN rakan2 namun akhirnya tertangkap jg. Beliau Di maki hamun dn Di pukul Oleh peniaga burger DN org ramai tanpa dibenarkan membela diri.

Ok. Video yg Di ambil oleh peniaga burger hanya separuh (hanya memaparkan pemandu bus yg cedera Di pukul). Namun bg yg tiada Di lokasi kejadian … Keadaan pemandu bus ketika Ambulance sampai adalah sangat kritikal (Dr sahkan 50/50 & kini berada Di zone merah Hospital Ampang) kerana pemandu bus tersebut telah Di belasah dgn menggunakan Kayu dn samurai Oleh peniaga burger DN rakan2!!!!


(Tiada dlm video rakaman).

Kenyataan polis yg berada Di lokasi kejadian ..kes termasuk Di dlm kategori Jenayah (302) jika pemandu bus tersebut MENINGGAL dunia.

Polis memandang berat tindakan melulu yg diambil Oleh peniaga burger yg sahihnya Salah Di sisi undang2!!!!

*Masalahnya mak dn anak kecil kpda peniaga burger tidak mengalami apa2 kecederaan. Malah hanya gerai burger yg mengalami kerosakan kecil.

Mengapa terlalu berat hukuman yg Di beri kepada pemandu bus tersebut?

*Sedih gak lah melihat majikan kpda pemandu tersebut yg turun ke tempat kejadian dn membuat LIVE VIDEO utk org ramai dn memohon pihak polis menjalankan siasatan dgn baik dn majikan turut menyatakan bahawa pemandu ter sebut telah berkhidmat selama 2 tahun Di dlm sykat nya. Merupakan seorg yg baik dn berhemah Di dlm tugasnya serta tiada rekod Jenayah dn masalahnya lain Di dlm pekerjaannya!
(Boleh search Video majikan ni ya)

Smga pihak POLIS dpt menjalankan siasatan dgn Telus DN cepat.

Sekian
Yg berada di lokasi kejadian

Copy Paste

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*