30 minit duduk luar rumah, terpaksa panjat bumbung nak kejutkan adik yang ‘tidur mat1’

Sesetengah orang kalau dah dapat tidur memang susah nak sedar, sebab itulah adanya istillah ‘tidur mat1’. Jadi, memang menduga kesabaran kalau nak kejutkan orang yang susah nak bangun ini.

Begitulah yang terjadi dengan kisah adik beradik ini. Menerusi Twitter oleh seorang wanita dikenali sebagai Idakhirul, telah berkongsi kisah lucu terperangkap di luar rumah gara-gara si adik yang ‘tidur mat1’.

Ceritanya bermula apabila, Ida bersama adik-beradik baru pulang dan mahu memasuki rumah. Tetapi, mereka terpaksa menunggu selama 3o minit di luar oleh kerana adik lelakinya yang berada di dalam rumah tidak sedar kehadiran mereka.

Oleh disebabkan, salah seorang daripada mereka terpaksa memanjat bumbung rumah semata-mata nak mengejutkan adik yang sedang tidur lena itu, sebelum mereka semua dapat masuk ke dalam rumah.

Bukannya tidak mencuba, sebenarnya Ida telah membuat sebanyak 21 kali panggilan kepada adik lelakinya, tetapi tidak berhasil juga menyedarkannya.

Geli hati melihat keletah adik-beradik itu, tweet yang kini mendapat hampir 30 ribu retweet telah menerima pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.

Sumber : Ida Khirul

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*